Setelah aku kau miliki


"Abang, mak panggil makan.” Perbualan mereka terbantut apabila ada suara yang mencelah di hujung talian. Qhai hanya mengiakan saja jawapan adiknya. Buah hati di hujung talian masih tersenyum-senyum. “Sayang, abang makan kejap ye. Mak dah panggil tu. Nanti abang  sms sayang ye? Take care tau. I love you with all of my heart. Bye my future wife.” Qhai bersuara bahagia. Buah hatinya membalas ucapannya dengan penuh kasih. Nur Khaisarah Amirah. Perempuan yang terlalu menyayanginya walaupun tempoh untuk mereka kenal tak selama mana. Qhai menamatkan perbualan mereka dan turun makan bersama keluarganya.
Khaisarah Amirah tersenyum bahagia. Muhd Qhairul Qhaisy, jejaka yang Berjaya menambat hatinya dengan kelembutan dan penuh kasih sayang yang mendalam. Tempoh sebulan mereka kenal telah menimbulkan rasa kasih yang mendalam dalam  hati mereka meskipun jarak antara mereka sangat jauh namun bagi mereka itu bukan halangan untuk mereka tidak setia. Bercinta tanpa melihat wajah dan hanya mendengar suara sebagai pengubat rindu. Bagi Mira, itu sudah memadai untuk mereka. Amirah yang baru Tingkatan 1 dan Qhai baru tamat tingkatan 3 pada ketika itu umpama telah memahami apakah yang dimaksudkan dengan cinta.
Tanpa mereka sedar, perasaan itu akan membakar diri mereka kelak. Kekasih yang dianggap sejati bagi mereka itu adalah jodoh sehinggakan mereka terlupa masih banyak dan jauh lagi perjalanan hidup mereka berdua. Masih banyak lagi yang perlu mereka tempuh. Ketika itu, bagi mereka yang penting perasaan. Terlampau terikut dengan perasaan anak muda.
Perasaan sayang Amirah yang terlalu mendalam untuk Qhairul Qhaisy telah memakan dirinya sendiri sehinggakan parut itu sukar dibuang walapun bertahun-tahun ia berlalu pergi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun baru persekolahan hampir bermula. Qhai yang bersekolah di MRSM akan pulang ke asrama. Tiada telefon, tiada kemudahan yang boleh menghubungkan mereka berdua. Amirah yang sudah berendam airmata kerana sedih akan berpisah dengan buah hatinya. Puas Qhai memujuk buah hatinya. “Sayang, janganlah macam ni. Nanti kalau cuti ke abang call lah guna public.” Qhai memujuk Amirah dihujung talian. Amirah yang masih menangis, hanya mendengar tanpa bersuara sepatah pun. Qhai memujuk tanpa putus asa sehingga Amirah boleh bersuara dan tersenyum sebelum dia pergi meninggalkan buah hati pengarang jantungnya itu. Lega hati Qhai apabila Amirah sudah mula bermanja dan ketawa.
“Abang janji tau nanti kalau cuti call sayang tau. Janji tau.” Amirah menagih janji. Qhai ketawa melayan keletah manja buah hatinya itu. Mereka berborak sehingga lewat malam. Keesokan paginya, Qhai telah bertolak pulang ke asrama untuk memulakan sesi persekolahan tahun baru. Amirah juga sibuk menyiapkan peralatan persekolahan. Mereka menjalani hidup seperti biasa, hanya rindu yang menggebu dalam hati mereka.
3 bulan berlalu, cuti sekolah semester satu telah bermula. Amirah yang teruja menanti kepulangan Qhai dari asrama berakhir apabila tepat jam 10 malam, Qhai call Amirah.
“ABANG!!!!” Amirah teruja sungguh. Rindu menggebu gebu dalam hatinya. Qhai dihujung talian hanya tersenyum mendengar keletah manja buah hatinya itu. “Salam mana, sayang?” Qhai menegur.  Amirah hanya tertawa riang. Mereka berborak tanpa sedar jam sudah menginjak ke jam 4 pagi. Dan akhirnya mereka menamatkan perbualan.
Dan…..itulah kali terakhir Amirah mendengar suara Qhairul Qhaisy.

Sejak detik itu sehingga Qhai menamatkan zaman persekolahannya, dia langsung tidak menghubungi Amirah walaupun cuti akhir tahun. Amirah hanya setia menanti Qhai untuk menghubunginya. Pada waktu itu telah wujudnya apps Wechat. Amirah yang menggunakan nama samaran, mencari akaun Wechat Qhai, dan dia add Qhai sebagai friendlistnya. Qhai yang tidak mengecam Amirah, hanya menerima request darinya. Amirah yang teruja kerana terlampau rindu pada buah hatinya itu, stalk Qhai. Setelah bertahun terpisah tanpa khabar berita, banyak yang berubah pada buah hatinya itu.
Amirah yang tidak mensyaki apa-apa, teruja sehingga dia ternampak satu post, gambar seorang perempuan. Cantik. Amirah tak sedap hati tetapi dia tetap percaya dengan kesetiaan Qhai. Dia tak sedar, rasa itu memakan dirinya sendiri. Fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan. Amirah mencari akaun Facebook Qhai. Dan lagi sekali dia ternampak post dan Qhai mention nama seorang perempuan.
Sebak hatinya kerana kesetiaannya dipermainkan. Qhai tidak setia kepadanya seperti dia setia kepada jejaka itu. Amirah terasa sia sia saja masanya selama ini kerana menunggu dan percaya dengan jejaka Qhairul Qhaisy ini. Ketika ini, Amirah bersama kawan-kawan sekelasnya. Namun pandangan dan fikirannya menerawang ke tempat lain. Air mata Amirah mengalir lesu dipipinya. Di telinganya seakan terdengar dengar sebuah lagu,

 Mereka lihat ku tersenyum gembira bagai tiada duka  
Begitu indah dipandangan 
Tapi hatiku keretakan bagai sinar purnama terang yang terbakar
Setelah aku kau miliki 
Mana janjimu yang sejati 
Segala bagai kiambang 
Zahirnya nampak berkembangan 
Akar tak jejak di dasaran 
Teguhkah cintamu itu 
Jelmaan yang mendatang 
Meragut menggoda 
Membenam binasa cinta 
Aku di genggaman 
Engkau lepaskanKerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan 
Rembulan keribaanmu 
Engkau kehancuran 
Tidakku mampu membencimu 
Biarpun cuba ku lepaskan 
Tapi rantaimu mengunciku 
Di kota cinta jelmaanmu 
Tidakku rela dibinasa 
Bersama cintamu itu. 

‘Setelah aku kau miliki, Qhairul Qhaisy. Setelah aku setia separuh nyawa dengan kau, kenapa ini yang kau balas kat aku?’ Amirah memonolog didalam hati. Untuk sekian kali, airmatanya jatuh dan cuaca bagai memahami jiwanya yang hancur berkecai, hujan mencurah ke bumi.


Bertahun Amirah cuba melupakan kisah cintanya bersama Qhairul Qhaisy, namun sakitnya jelas terasa sehingga kini. Kini Qhairul Qhaisy sudah menamatkan pelajarannya di Perak. Dan Amirah baru saja ingin melanjutkan pelajarannya. Sakitnya yang di rasa berdarah kembali apabila Qhai kembali menagih kasihnya. Amirah yang sudah serik untuk mempercayai lelaki itu, cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin. Firkhan, kekasih hati Amirah setelah lama dia melayan rasa kecewa. Kini, saat bahagia mereka dan ketika itu juga Qhai kembali.
Firkhan yang mempercayai Amirah, dia tahu Amirah kecewa dengan seorang jejaka yang sukar untuk dilupakan. Amirah menangis lagi. Firkhan yang tak sampai hati melihat buah hatinya itu bersedih kerana kisah silam, membuat keputusan untuk berjumpa dengan Qhai dan minta jangan kembali pada Amirah kerana dia terlampau sayang pada wanita itu.
Amirah mengurungkan dirinya selama seminggu… bersama bait bait lirik yang sering dinyanyikan dulu,
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya 
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa  
Puas ku pertahankan 
Cinta kita sejak dulu 
Tapi sayang 
Sikit pun tidak 
Menghargai cintaku 
Sia-sia saja 
Pengorbanan dan kesetiaanku ini 
Ku sangka kau permata 
Rupanya duri paling berbisa 
Ku pasrah dan berdoa 
Semoga tabah jiwaku 
Tetapi bagaimana 
Nak ku lawan 
Jiwa yang siksa 
Ke mana arah hendak ku tuju 
Bila hatiku rindu padamu 
Hendakku cari tapi tak guna 
Kau bahagia dengan si dia 
Dikamar sepi aku termenung 
Terbayang bayang kenangan kita 
Tidak ku sangka kau 
Tergamak pergi 
Saat ku masih perlukan mu 
Meraung di jiwa 
Apalah daya kiranya 
Orang dah benci 
Meraung di jiwa 
Tapi tak pernah ku benci 
Dirimu sayang 

D
an akhirnya Firkhan mengambil keputusan untuk masuk meminang Amirah, berjanji untuk menjaga Amirah sebaik mungkin. Walaupun dia tahu dia bukan cinta pertama wanita itu tapi dia cuba menjadi yang terakhir untuk wanita itu.
Amirah tersenyum dan cuba untuk terus melupakan Qhairul Qhaisy demi Firkhan, jejaka yang bakal menjadi suaminya yang dia tahu sangat menyayanginya.





Comments