Six Thinking Hats? Apa tu?
Assalamualaikum and hi guys. Okay, harini kita akan bebel pasal apa yang aku masuk kelas tadi. Actually aku ada dua kelas tapi satu kelas cancel sbb lecturer aku baru lepas accident. Patutlah dari semalam lagi aku macam terbayang bayang ada org accident. And pagi tadi pulak classmates aku habaq kat aku yang lecturer aku accident, hm gws sir. Nak final dah ni. janganlah mc lelama sangat. risau aku kang haa dah lah subject dia penting. Hmm
okay then aku pegi satu kelas jee. Kelas madam kumu. subject pemikiran kreatif. lama tak jumpa madam rasa rindu lak. Madam kata harini you all akan jump topic. topic six thinking hats. kiteorang terpinga pinga. apa tu? Haaa kalau korang nak tahu, subject pemikiran kreatif ni cuma student course DPK ni je yg amek. sbb ape? sebab nak handle kanak kanak ni korang kene kreatif. tapi apa kene mengena dengan six thinking hats ni?
six thinking hats atau nama melayu dia is kaedah enam topi berfikir dicipta oleh Edward de Bono. kaedah ni menunjukkan yang kita ni cuma boleh berfikir satu cara je dalam satu masa.
okay then aku pegi satu kelas jee. Kelas madam kumu. subject pemikiran kreatif. lama tak jumpa madam rasa rindu lak. Madam kata harini you all akan jump topic. topic six thinking hats. kiteorang terpinga pinga. apa tu? Haaa kalau korang nak tahu, subject pemikiran kreatif ni cuma student course DPK ni je yg amek. sbb ape? sebab nak handle kanak kanak ni korang kene kreatif. tapi apa kene mengena dengan six thinking hats ni?
six thinking hats atau nama melayu dia is kaedah enam topi berfikir dicipta oleh Edward de Bono. kaedah ni menunjukkan yang kita ni cuma boleh berfikir satu cara je dalam satu masa.
Six Thinking Hats
enam topi ni adalah :
- Topi Hitam
- Topi Biru
- Topi Hijau
- Topi putih
- Topi Merah
- Topi Kuning
Menurut kaedah ni, bila kita berfikir, kita sepatutnya hanya memakai satu topi sahaja pada satu waktu. Jangan langsung pakai pelbagai warna topi secara serentak then fikiran kita akan berkecamuk. Tu yang ade istilah serabutlah itulah inilah. haa sebab ni lah. Sebabtu lah Dr De Bono cipta kaedah topi ni dengan melambangkan warna atau style kita berfikir dengan cara yang berbea beza.
Topi hitam (Caution)
- kegunaan dia untuk menghindarkan kita daripada buat kesilapan dan mengambil keputusan yang kurang bijak.
- juga melambangkan topi pemikiran kritikal dan negatif. atau lebih tepat, topi hitam ni lebih kepada logik akal. Selalu tengok logikkkk jaa. Contoh bila ada sesuatu masalah, orang yang bertopi hitam ni akan terkeluar mentol pertanyaan like, Boleh ke ni? Betul ke? Haaa tu ciri dia.
- Topi hitam ni lebih mementingkan kebenaran dan realiti. Dia lebih pentingkan alasan-alasan yang kukuh. So korang yang berhadapan dengan orang bertopi hitam ni kene sediakan jawapan yg kukuh sebelum korang nak berdebat.
Topi Hijau (Creative)
- Bila korang dalam kategori topi hijau ni, korang akan lebih suka pada idea baru, alternatif baru, rekacipta dan memacam lagilah yang baru-baru.
- Topi proaktif tp bukan reaktif. Proaktif ni apa? okay, proaktif ni kalau nak senang faham macam positif and cergas. reaktif pulak yang brtentangan dengan proaktif, negatif. Sifat topi ni suka bertanya, menyoal dan suka mencabar apa je.
- Topi hijau tak mempedulikan langsung logik. ikut hati dia je. topi ni mmg sesuai dengan sifat kanak-kanak.
Topi Biru (Leader/Process)
- Manusia yang pakai topi ni, dia lebih berkelakuan seperti pemimpin okestra. Yang fikir is cara-cara kita berfikir. contoh macam dalam satu kumpulan, ketua yang bertopi biru ni akan fikir kerja atau cara untuk ahli kumpulan dia berfikir atau buat kerja.
- Topi biru lebih tinggi daripada topi-topi lain sebab dia memikirkan topi topi yang lain.
- Topi biru ni kebanyakkannya adalah seorang pemimpin.
Topi Putih (Objective)
- topi putih ni adalah topi yang takde emosi. macam takde perasaan. selalu kat atas pagar.
- tapi topi putih ni selalunya even dia atas pagar, tapi dia melihat semua maklumat sama ada dalam bentuk fakta, angka, statistik dan lain-lain. Means dia dah buat analisis dulu baru ambil keputusan.
- Topi putih ni selalunya maklumat sebenar dah ada baru dia bertindak sepenuhnya.
Topi kuning (positive)
- Topi kuning ni bermakna dia mesti akan terangkan sesuatu idea tu dengan lebih details. Dan akan pastikan idea tu baik dan akan menghasilkan kejayaan. Selalu akan memikirkan hal yang positif sahaja.
- Dia selalu melihat apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, dia akan mengambil yang positif je. And kalau dia tahu dia ada kelemahan, dia akan perbaiki kelemahan dia tu sampai berjaya.
- Even kita tengok benda tu negatif, tapi orang topi ni still akan fikir positif.
Topi Merah (Feelings)
- Orang topi merah ni dia penuh dengan emosi, berani.
- Orang ni juga berani buat keputusan, pendirian yang teguh
- Dia yakin dengan diri sendiri.
So, fikir fikirkanlah dalam selesaikan masalah tu, korang nak amek topi mana satu. Sekian.
Comments
Post a Comment